Realiti seorang STUDENT


Assalamualaikum...*fuhfuhhh tiup habuk* nampak tak betapa lamanya tak berblogg nih? HAHA biasalah busy sikit. *okay, jawapan klise* tapi betul pun, memang SANGAT_SANGAT busy untuk semester ni. Semester ni kiteorang as a student Part 5 Diploma in Business Studies kena buat event untuk dapatkan markah. Okayy, Event ni under subject Creative and Critical Thinking. Subject ni takde final, so untuk dapatkan markah for the final kiteorang kena buat Event.. BIG EVENT guys ! 

Okaylaa, sebenarnya taknak cerita pasal BIG EVENT pun, just nak cakap pasal kehidupan dunia realiti sebagai student ( pelajar) tu je. Mesti korang akan cakap bila korang dah masuk sekolah menengah *bestnya kalau masih sekolah rendah* walhal masuk Universiti lagi hebat, lagi susah.. semua nak sendiri-sendiri lebih teruk dari sekolah menengah. Then bila dah masuk Universiti mesti akan cakap camni pulak * bestnya sekolah menengah*. Itu semua Lumrah Kehidupan sebagai pelajar la guys.. okayyy , saya mengaku saya pun pernah cakap macam tu..Okayy, belajar sendiri memang mencabar dari segi Fizikal dan mental.

Now musim exam, mean final exam. Semua budak IPTA akan hadapi benda ni, Budak PMR pun tengah hadapi exam. Peperiksaan akhir tahun pun sedang dijalankan. so memang dah musim dia dah sekarang ni. Cara exam pun dah  berbeza start dari sekolah rendah ke menengah and then sampailah masuk universiti. Semua tu berbeza sangat-sangat. Kalau dulu masa sekolah bila dah dekat nak exam cikgu-cikgu akan buat kelas tambahan la, kelas malam la. Hujung minggu pun ada. Cikgu pun care dengan kita. Bukan nak cakap bila dah masuk Universiti tu Lecturer tak care, dorang care sangat-sangat. Tapi bila di Universiti kena belajar sendiri laa , takde kelas tambahan pun. Kalau student nak, baru lecturer buat.. setengah lecturer tak pun, tanpa pelajar minta dia buat je kelas, tapi student la pulak taknak kekadang tuh. HAHA 

*lecturer- bahasa yang dipanggil kepada 'Cikgu' bila di IPT.*

Bila dah masuk Universiti macam macam benda kena buat sendiri. Beban di bahu semakin berat bila bertambah dewasa. Sakit, demam dan jatuhnya seorang pelajar hanyalah diri sendiri je yang tahu. Tapi, jadi seorang student ada bestnya, contohnya pasal duit.. duit raya still lagi dapat maybe setengah family tu bila kita besar duit raya semakin banyak, maybe setengah orang tu dah kurang or tak dapat langsung. Tapi apa-apapun tu semua rezeki untuk student.. kann??

Untuk pelajar universiti semuanya kena sendiri-sendiri. Makan dan minum pun sendiri-sendiri. Pendek kata, panjang tak kata lah #lawakHambar hidup di Universiti kena BERDIKARI ! 

Tidur tak cukup, asyik makan sambil study, mata jadi panda itu semua STANDARD bila bergelar student. kan kan kan? *aku pun mengalaminya* 

HAHA. panjang-panjang taip pun bukan ada orang nak baca, tambah-tambah musim exam ni.. memang tak la kan? baca NOTA pun dah menguap, baru baca dua baris. HAHA. itu Lumrah babe ! 

pesan papa : '' Belajar untuk masa depan, Final Exam untuk masa depan BUKAN untuk semasa '' *

So conclusion dia : Menjadi Seorang pelajar adalah kenangan terindah dan menyeronokkan. Trust me, guys ! so Adik-adik *kalau ada adik-adik yang baca lah* belajar tu tak memenatkan pun, ia menyeronokkan demi masa depan, adik- adik mesti nak ada rumah besar, kereta besar or else kan? So , start from now adik-adik ! 

Kata-kata semangat yang saya dapat dari 'Someone'
  • There is no shortcut to sucess
  • Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.
So saya pegang semangat ni berdasarkan kata-kata tu, InsyaAllah semalas-malas macam mana pun bila baca ayat ni kita akan tetap berusaha.. Kan kan kan? :D

Jangan putus asa selagi belum mencapainya. Usaha tidak mengenal sesiapa. Berusahalah ! #NoForMyself 



Insan Bernama PELAJAR,




No comments:

Post a Comment