25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

jom join contest nii korang..
macam cabutan bertuah..
kalo ade rezeki korang dapat laa..
InsyaAllah :)

caranya camni..
|
|
|
V


Cara-Cara Nak Join:
1.Buat 1 entri dengan tajuk ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

2.Mesti follow blog Penmerah

3.Copy banner dan letak dalam entri

4.Tag rakan-rakan minimum 3 orang,Lebih pon boleh.

5.Dah siap entri, tinggalkan link dekat ruang komen entri blog penmerah yer...

Tempoh Contest: 21 oktober-10 november 2011

saya tag :






*sorry la xreti nak tag nme korang.. hee :D.. join tau..
sekian :)





Violin and Piano - Secret Garden

sumpah music ni sedey...

lagu ni kalo kat tv pasang la kalo cite sedey2 , pasal bencana la .. paling aku ingat pasal Tsunami.. sumpah aku tak leh lupe hal tuu...

:(

dengarlah.. kalo takleh dengar bkak youtube , sekian .


Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku)


ahahaa.. ada jugak ehh lagu sambung lagu Najwa Latif ni yea?
sumpah klakar..
tapi not bad la ..

so , enjoy la :D












Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.









penat .. :3


aha , semalam adelah hari yg bersejarah dalam hidup Cikna .
kenape , kenape ?
guess what ?
semalam Cikna berkebun . hahaha :D
best ape , tapi bukan la berkebun bercucuk tanam bagai..
berkebun bagi Cikna ni , 'benda' tu dah siap dikopek dah . cume nak diangkat bawak g kedai .
untuk ape Cikna oii?
untuk ape ? urm , untuk dijual la . sikit2 pun boleh la bawak duit.. hehe ..
ape 'benda' tu ehh?
benda tu adalah ..

taraaa ....

buah kelape .. hehehe .. :D

mesti tak paham kan?
okay okay , macam ni .
buah kelape ni asalnya dari pokok dia la kan.. hehe , tanaman ni ade kat kebun atok Cikna .
jadi , di sbapkan atok lelaki Cikna patah tangan kiri disbapkan pokok kelape gak la dia jadi camtu..
tapi nasib baik tkde pape yang teruk . tak macam papa Cikna la.
Alhamdulillah :)
okay okay dah lari dah ni..
memang best la buat keje ni tapi agak penat la.. yela , tiga orang buat keje .. macam mane la tok abah buat sengsorang
*tok abah tu panggilan kepada atok lelaki Cikna*
tok abah ni pun dah sakit sakit pun masih boleh buat keje .
yela , one day before tu my umi told me that tok abah tolak lori yang tersangkut dalam tanah lembap...
memang power la.. hahaa.. sakit sakit pun buat keje . :D
salute la tok abah..tapi pasal kelapa nak bawak gi kedai nak dijual tu bukan la bawak satu satu .. tapi letak dalam 'benda' ni la..
benda ape yea?
mesti la letak dalam krung guni.. apelah.. penat la kalo naka bawak satu satu..
lepas masukkan dalam guni tu baru la letak dalam 'benda bergerak' plak..
ape tu? letak dalam kereta tolak la.. hehehe..
lepastu baru bawak gi jual kat kedai..

P/S : *moment paling best la. *

lepas dah jual tu balik rumah.. heheh ..
for the first time buat keje skit dapat duit banyak :D

happy sangat sangat Cikna ni

okay la , tu jelah . nak taip panjang pun takleh.
dah tengah hari la , nak tolong my umi masak :D


sekian , terima kasih .
Assalamualaikum :)




ehe.. suke la , buat benda baru la.. :D
tak caye lah rasenya dapat buat , walaupun agak buruk sikit..
bukan sikit kot tapi banyak.. urm , banyak la jugak..hehe
btw , dapat jugak blaja lukis doodle guna paint.. fuhh _" lega .. __
ehe , nah tengok lah hasil yang saya buat ni..

ehe , okay okay buruk.. _''
puas ''__'' ?
alaa , biasa la baru blaja laa..
bukan senang tau nak edit benda ni bagai.. makan mase tau..
macam mane la orang yang amik order buat benda ni?
urm , dorang takpelah pandai..
aku... ? 'berkata dalam hati'
HAHAHA....
A'a laa , mmg buruk.. hehe.. tapi saya puas hati la..
sebab dapat lukis ni pakai laptop.. bukan handmade..
LALALALA..
okay la , tu jelah kot dulu ..
tggu jelah next ENTRI ..
kalau saya ade idea nak taip la.. hehe..
okay lah , GOOD NIGHT u'olls. :D

30 Perkara perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.